Salam semua pembaca budiman,
Bila Datuk Mohammad Satim Diman di umumkan sebagi ketua Pembangkang di Selangor, mengantikan Datuk Seri Khir Toyo baru-baru ini, PR sudah mula mengelabah, kecut dan membuat andaian bahawa 'UMNO ketandusan pemimpin hebat'....itu kata .....
"Satim tidak setanding dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid." - Teresa
Pakatan Rakyat (PR) negeri ini menyifatkan perlantikan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohammad Satim Diman sebagai Ketua Pembangkang menunjukkan UMNO ketandusan pemimpin berkaliber.
Ini, dikatakan oleh Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. Mengikut kata Teresa, ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kerana Satim dilihat tidak mempunyai kredibiliti. Dia membandingkan Datuk Satim dengan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim (gagap).
Menurut Teresa lagi, ini jelas bahawa UMNO tidak ada orang yang layak. Menurut Teresa lagi, Satim tidak rajin ke sidang DUN dan dia jarang dilihat dalam apa jua program yang dianjurkan oleh rakyat terutamanya di kawasan yang diwakilinya iaitu DUN Sri Serdang.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya tidak gentar dan menyifatkan UMNO tidak bersedia kerana tidak melantik orang lebih muda dan lebih baik untuk 'perform' di sidang DUN.
KATA IBM : Ini jelas menunjukkan PR memang gentar dengan UMNO. Isu perlantikan Datuk Satim adalah satu taktik PR untuk mengugat kekuatan UMNO Selangor. Tentang tidak melantik pemimpin-pemimpin muda UMNO untuk menerajui dan menjadi pembangkag, sebenarnya tidak timbul. Ini bukan bererti UMNO ketandusan pemimpin yg berkelibar dan ada tak kredibliti. Apa pun tahniah Datuk Satim, teruskan perjuangan mu dan tunjukan yang UMNO tua ini boleh 'mengaum' di DUN Selangor.