27 JANUARI
Salam 2 All.
Hari Ini dalam sejarah berkisarkan perkembangan 'FELDA' yang telah banyak berjasa pada rakyat peneroka di negara kita ini. Jom kita baca....
PROJEK USAHASAMA FELDA DENGAN SYARIKAT DARI BELGIUM DITANDATANGANI |
PROJEK USAHASAMA FELDA DENGAN SYARIKAT DARI BELGIUM DITANDATANGANI Tarikh Peristiwa: 27-01-1984 Pada hari ini dalam tahun 1984, satu perjanjian mengenai projek usahasama felda dengan syarikat dari Belgium telah ditandatangani. Pihak felda telah diwakili oleh Raja Tan Sri Alias, Pengerusi Felda dan En. Raymond Vandemoortele dari syarikat N.V. Safinoo, Belgium. Projek yang berharga $25 juta akan dijalankan oleh felda dan Syarikat N.V. Safinoo untuk mengeluarkan barangan kelapa sawit seperti marjerin dan minyak makan. Projek ini akan dilaksanakan di Gebeng, Kuantan apabila kilang yang bernilai $16 juta siap pada 1983. Turut hadir di upacara tersebut ialah Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Datuk Sri Sharif Ahmad. Beliau dalam ucapannya telah menarik perhatian bahawa penyertaan para pelabur akan mempercepatkan perkembangan ekonomi dan teknologi dari negara-negara industri ke negara membangun. Beliau menambah adalah menjadi hasrat kerajaan mengadakan banyak peluang perniagaan kepada para pelabur asing seperti mana terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru. Felda akan memainkan peranan positif bagi memasarkan barangan yang dikeluarkan. Raja Tan Sri Alias pula menerangkan projek usahasama yang dinamakan F.S. Oils Bhd. ini akan menggunakan minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh felda. Dalam projek ini felda mewakili akuiti sebanyak 69% dan baki dipegang oleh N.V. Safinoo. Beliau berkata felda bernasib baik kerana rakannya bukan sahaja mahir dari segi teknikal tetapi juga lapangan pentadbiran serta pemasaran dan berharap dengan adanya projek ini akan tercapai objektif kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak industri yang akan menggunakan bahan-bahan mentah yang dikeluarkan oleh negara ini. * Kepada warga "Felda' tinjau-tinjaulah dan sematkan apa yang berlaku kepada 'Felda' hari ini. Selamat membaca - IBM Sumber : Arkib Negara. |