A'salamualikum.
Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam seminggu terdapat tujuh hari. Allah SWT juga telah memberitahu kita dunia ini dijadikan selama enam hari. Manakala satu hari adalah untuk beristirehat bagi makhluknya menyaksikan kehebatan ciptaan Allah SWT.
Pada hari-hari yang tujuh tersebut mempunyai catatan peristiwa bersejarah di dalam kalender Islam. Berikut adalah di antara perisitiwa-peristiwa tersebut :
AHAD
1. Allah menjadikan alam ini.
2. Allah menjadikan bintang-bintang di langit
3. Allah menjadikan api neraka
4. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis
ISNIN
1. Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.
2. Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina.
3. Bukti keEsaan Allah diturunkan.
4. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
SELASA
1. Nabi Yahya telah dibunuh.
2. Nabi Zakaria telah dibunuh.
3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
4. Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
RABU
1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah SWT.
2. Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
4. Umat Nabi Salleh AS dihancurkan.
KHAMIS
1. Nabi Ibrahim AS memasuki Kerajaan Mesir.
2. Saudara Nabi Yusuf As telah menemuinya semula di Mesir setelah terpisah lama.
3. Nabi Yaakob AS bertemu dengan anaknya semula iaitu Nabi Yusuf AS di Mesir.
4. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah.
JUMAAT
1. Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa
2. Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha.
3. Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura yakni anak kepada Nabi Syuib AS.
4. Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis.
SABTU
1. Nabi Nuh AS diperolok-olokkan oleh kaumnya.
2. Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya.
3. Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya.
4. Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun.
KATA IBM : Selamat membaca, moga informasi ini dapat kita kongsikan bersama. Insyallah...!