Friday, January 7, 2011

Satim Ketua Pembangkang Baru Selangor.

Datuk Mohamed Satim Diman.
Salam.
Mudah-mudahan UMNO akan lebih kuat, pastikan SELANGOR kembali ke tangan UMNO/BN di PRU ke 13 nanti....

KUALA LUMPUR, 7 Jan. – Badan Perhubungan UMNO Selangor mengalami perubahan di dalam barisan ahli jawatankuasa pengurusannya dengan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Setiausaha.

Beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman.

Difahamkan perubahan itu diputuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Mohamed Satim yang merupakan Timbalan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo.

Perubahan itu tidak melibatkan lain-lain jawatan dan ia berkuat kuasa serta merta.


KATA IBM : Tahniah Datuk Satim. Teruskan perjuangan mu, dan pastikan PR tidak sewenang-wenangnya bermaharajalela di Selangor dan menindas rakayt. Dan pastikan juga Khalid gagap tu di lelong nanti, kerana pentadbiran PR di bawahnya banyak menyusahkan rakyat......

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...