[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
DAP semamangnya parti 'racist'
Bagaimana perasan anda sekiranya rakan kongsi berkata dan menyindir anda tiada 'akai' dan tidak 'cerdik'? anda marah? atau anda diam membisu seribu bahasa. Itu, kalau didalam dunia perniagaan.
Apa akan jadi jika DAP di beri peluang memerintah negara?
Dan, kalau didalam kontek politiknya pula, parti komponen anda menyuarakan ke tidakpuasan hati mereka dan membuat KECAMAN bahawa parti anda tidak cerdik dan membuat sesuatu tidak dibawa ke meja rundingan.
Itulah yang terjadi diantara DAP dan PAS di negeri Kedah yang sama-sama di dalam Pakatan Rakyat (PR). DAP mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran daripada tindakan PAS menutup semua pusat hiburan di negeri Kedah di dalam bulan puasa (Ramadhan) yang akan datang.
Sanggupkah kita melihat bangsa asing duduk di atas?
Sebenarnya, permasalahan DAP dan PAS memang telah lama ujud. Kedua-dua parti ini memang tidak sehaluan. Pas satu ketika dulu pernah membenci Dap. Tapi, oleh kerana kuasa, dendam politik , keduanya seolah-olah bercantum (kahwin) secara terpaksa semata-mata untuk menumbangkan UMNO/Barisan Nasional. Tidak lain dari itu.
Kini, kedua-dua bercakaran sesama sendiri ibarat 'retak menanti belah'. Elok benarlah tu. Mungkin Pas sudah merasakan bahawa selama ini mereka di perkuda-kudakan oleh Dap. Bertaubatlah wahai Pas, dan jangan sampai Dap mengantikan Pas dan memerintah negara. Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin-pemimpin Pas. kembalilah kepangkuan jalan - IBM
KENYATAAN DAP :
DAP anggap tindakan.......
ALOR SETAR - DAP menyifatkan keputusan Kerajaan Kedah menutup operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan ini sebagai tindakan ‘tidak cerdik’ malah tidak menolak hubungan baik Pas dengan parti itu akan terjejas disebabkan isu tersebut.
Pengerusi DAP Kedah/ Perlis, Lee Guan Aik berkata, Kerajaan Negeri harus sedar tindakan itu tidak cerdik kerana menunjukkan mereka tidak memahami perasaan dan kepentingan ekonomi orang bukan Islam.
“Sebab itu, kita gesa pelaksanaan Enakmen 1997 dikaji semula jika Pas benar-benar ingin melaksanakan ‘negara berkebajikan’,” katanya. Guan Aik berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas juga tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan larangan itu.
“Hubungan baik ini boleh terjejas. Esok saya bersama beberapa pemimpin DAP negeri akan ke Kuala Lumpur unruk berbincang dengan Jawatankuasa Pusat DAP berkaitan perkara ini. Sebarang keputusan yang dibuat bersama pihak Pusat akan kita guna pakai, tengoklah apa keputusannya nanti,” katanya.
Guan Aik yang juga ADUN Kota Darulaman berkata, tindakan itu boleh menjejaskan sokongan rakyat bukan Islam terhadap PR pada pilihan raya umum akan datang.
“Rakyat bukan Islam keliru dengan pendirian Kerajaan Negeri dan DAP bimbang, sokongan mereka akan berkurangan jika Kerajaan Negeri berterusan melaksanakan polisi sebegini,” katanya.
Guan Aik berkata, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggunakan alasan enakmen itu perlu dilaksanakan setelah menerima teguran Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan mendapat perkenan Sultan Kedah, Kerajaan Negeri sewajarnya memberi nasihat kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan kedudukan orang bukan Islam.
“Saya yakin Tuanku Sultan Kedah akan memahami kedudukan orang bukan Islam dan menyokong pindaan enakmen jika Kerajaan Negeri memberikan nasihat sewajarnya.