Sunday, July 17, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

17 JULAI

Tersergam indah Wisma Salcra, Sarawak

SKIM KOKO LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH SARAWAK (SALCRA) FASA III DILANCARKAN.

TARIKH PERISTIWA : 17.07-1984

Pada hari ini 17.7.1984, Skim koko Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Fasa Ketiga telah dilancarkan. Y.B. En. Robert Jacob Ridu, Menteri Muda Kerja Raya dan Kemudahan Awam Sarawak telah melancarkannya di Kampung Tian. Fasa Ketiga skim ini melibatkan 122 hektar tanah meliputi Kampung Tian dan Kampung Murud dan di sertai sebanyak 60 keluarga. Kerja-kerja pembersihan bagi fasa tersebut sedang dijalankan dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 1985. Fasa I skim koko SALCRA mula di jalankan pada bulan ogos 1981 yang melibatkan kawasan seluas 200 hektar tanah yang meliputi Kampung Taiee dan disertai sebanyak 70 keluarga.Fasa II pula dilancarkan pada akhir tahun 1983 meliputi kawasan seluas 232 hektar dan disertai sebanyak 60 keluarga. Kos Keseluruhan bagi skim koko SALCRA menelan belanja sebanyak $5.1 juta. Sebahagian daripada peruntukan bagi projek ini merupakan pinjaman dari kerajaan Persekutuan. Adalah dijangkakan pendapatan bagi seorang petani yang mempunyai ladang seluas 2.1 hektar ialah sebanyak $2600 setahun. Dalam ucapan perasmian Fasa III Skim Koko SALCRA pada hari ini dalam tahun 1984, Y.B. En. Robert Jacob turut menyeru seluruh penduduk yang terlibat agar melibatkan diri secara cergas bagi menjamin kejayaan projek tersebut.

Ladang kelapa sawit milik Salcra

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MOGA SEGALA PEMBACAAN YANG ANDA BACA SELAMA INI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK TERUS MAJU KEHADAPAN. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA].
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...