[DARI MEJA IBM ] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
Gara-gara cemburu dengan pencapaian dan kestabilan negara dibawah payung dan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang hampir menyangkau 54 tahun, membuat mata pembangkang merah bak mata SAGA. Merah menyala. Kata mereka BN dah terlalu lama memerintah. Oleh itu mereka mengajak dan menghasut rakyat untuk menumbangkan dan mengulingkan kerajaan BN melalui kekerasan dan menghidupakan kembali pertubuhan Bersih 2.0.
Maka tercetuslah perhimpunan haram pada 9 Julai, Sabtu yang lepas. Walaupun sebelum itu mereka di nasihatkan supaya tidak meneruskan hasrat mereka untuk berhimpun, tapi kedegilan dan ke egoan para pemimpin mereka, perhimpunan diteruskan juga. Tapi malangnya kurang mendapat sambutan. Soalan saya mudah : Apa yg Bersih dapat daripada perhimpunan tersebtu?..kuasa, kepuasan, terbalaskan dendam kesumat mereka kepada kerajaan? Jawapanya ada pada mereka.
Alhamdulillah, PDRM telah berjaya menjalankan tugas mereka mengawal keadaan dari menjadi huru-hara. Perhimpunan itu dapat di suraikan tanpa pertumpahan darah. Namun, pihak penganjur dan pembangkang masih tidak puas hati dan mereka mengunakan akhbar-akhbar mereka untuk mengkritik kerajaan dan PDRM dengan bermacam-macam tuduhan, tomahan dan apa yang ditulis di dada akhbar mereka, semuanya salah kerjaan.
ANTARA TAJUK-TAJUK BERITA DI AKHBAR -AKHBAR MEREKA :
HarakahDaily .
- Najib Pertahan Demokrasi Dengan Water Cannon?
- Umno Usah Berbohong Tentang Bersih
- Bersih 2.0 Bukti Anak Muda Tidak Takut BN
- Polis Tangkap Kawasan Perintah Mahkamah.
Polis Juga disalahkan Dalam Hal Ini
Kekasaran Polis Punca Utama Kematian Baharuddin
Dan...Si Khalid Gereja ini kononnya menerima enam jahitan dikepala akibat di tembak tepat dikepalanya dengan gas pemedih mata
Si Apek ni pulak (Bekas Setiausaha sulit Tun Dr Mahathir) di sebelah mana? Katanya Najib gagal
The Malaysian Insider.
- Dua Naib Presiden PAS dakwa Polis salah tahan mereka. Nak saman.
- Lebih 10 ribu warga Facebook desak Najib letak jawatan
- PAS mahu inkues siasat kematian peserta himpunan Bersih.
Akhbar-akhbar inilah yang mencetuskan kemarahan dan kebangkitan rakyat dengan dakyah fitnah mereka yang dikemudikan oleh parti pembangkang. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak dan tarik balik lesen pencetak mereka dan haramkan terus daripada diterbitkan. Memang haram jadah punya akhbar - IBM