Tuesday, July 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

12 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

YAYASAN PERAK DITUBUHKAN

TARIH PERISTIWA : 12.07.1979

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meninggikan lagi taraf sosial, pendidikan, kesukanan, kebudayaan dan lain-lain bagi rakyat Negeri Perak. Salah satu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk tujuan-tujuan tersebut ialah Yayasan Perak. Yayasan Perak telah ditubuhkan pada hari ini 12.7.1979 di bawah Enakmen Yayasan Perak Bil. 2 Tahun 1979.

Di antara tujuan dan objektif penubuhan Yayasan Perak itu ialah:

  1. Menggalak, dan memajukan semua lapangan pelajaran dan peluang-peluang pelajaran untuk penduduk-penduduk Perak di Negeri Perak, di dalam negeri dan di mana-mana institusi pengajian tinggi di Luar Negeri.
  2. Memaju dan mendapatkan kemudahan untuk penduduk Perak di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.
  3. Menggalak dan membantu untuk menambah peluang-peluang dan kemudahan pelajaran tinggi di Negeri Perak.
  4. Memberi dan mengaturkan pemberian biasiswa dan bantuan kewangan untuk maksud pelajaran oleh Badan-badan yang lain untuk penduduk Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
  5. Menggalak, membantu dan memberi pertolongan kewangan kepada individu-individu, organisasi- organisasi dan institusi-institusi yang menjalankan kajian saintifik, politikal dan sosio-ekonomi di dalam Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
  6. Menggalak perkembangan kesedaran nasional identiti Malaysia yang sihat dan harmoni dan berasaskan kepada perasaan muhibah dan kesefahaman di antara kaum di Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
  7. Memaju dan menggalakan perkembangan seni dan kebudayaan Negeri Perak.
  8. Bantuan kewangan kepada kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan rasmi di negeri Perak supaya dapat meninggikan mutu sukan.
  9. Memberi apa-apa bantuan kepada organisasi-organisasi dan institusi-institusi sukarela, khairat, saintifik, kebajikan, sosial, pelajaran dan memberi bantuan terhadap semua kejadian mala petaka di Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Sesungguhnya dengan penubuhan Yayasan Perak diharap cita-cita Kerajaan Negeri Perak untuk melahirkan masyarakat yang lebih sempurna akan tercapai di samping dapat mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat keseluruhannya.

Malam Pesta Jiwa Anjuran Yayasan Perak


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA MEMBUAT KITA INGIN TERUS BERJAYA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : [ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...