Thursday, July 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

28 JULAI

Terdapat beberapa warna bunga raya di negara kita

HARI INI DALAM SEJARAH :

BUNGA RAYA DIISYTIHARKAN SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

TARIKH PERISTIWA : 28.07.1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengumumkan pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut telah dibuat ketika perasmian pameran M.A.H.A di Turf Club, Selangor. Kementerian Pertanian dengan kerjasama Unit Bergerak, Jabatan Perkhidmatan Penerangan telah menjalankan kempen meninjau pendapat rakyat bagi menentukan bunga yang sesuai untuk dijadikan bunga kebangsaan. Hasil kajian yang telah dijalankan pada akhir tahun 1957 sehingga awal tahun 1958 di kawasan bandar dan luar bandar. Tujuh jenis bunga telah dikemukakan sebagai pilihan dalam kajian tersebut iaitu bunga cempaka, melor, kenanga, mawar, teratai, bunga raya dan bunga tanjung. Hasil daripada kajian mendapati tiga jenis bunga menjadi pilihan iaitu bunga mawar, melor dan cempaka, keputusan yang berbeza telah menyukarkan kerajaan membuat pemilihan. Berikutan daripada itu Bunga Raya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana ia menjadi kegemaran ramai dan namanya telah diberikan oleh orang Melayu sejak dahulu lagi dan dikenali dengan satu nama sahaja di seluruh negeri. Sesungguhnya sejak pemilihannya Bunga Raya atau Hibiscus Rosa Sinensis telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Bunga Kebangsaan telah dijadikan salah satu lambang dalam acara-acara rasmi kerajaan.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA BOLEH MENCETUSKAN ILHAM DAN IDEA DEMI UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...