Saturday, July 23, 2011

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) perjuanganya mirip Bersih?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Telah ada kedengaraan suara-suara yang meragui akan Penubuhan Angkata Amanah Merdeka (Amanah) yang telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Difahamkan juga, Amanah adalah sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaraan dan keadilan dalam menangi masalah rasuah, kronosime dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Menurut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, Amanah bukan sebuah Parti Politik, tetapi mempunyai visi untuk membawa keadilan, kesaksamaan, kemajuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berdasarkan kepada semangat perlembagaan Malaysia.

Kemuskilan yang timbul, mengapa baru sekarang Ku Li merasakan bahawa rakyat Malaysia mesti dibela? adakah selama ini rakyat di Malaysia kurang mendapat pembelaan dari Kerajaan? dan satu soalan yang perlu di jawab oleh Ku Li, sebagai seorang wakil rakyat di kawasannya, adakah rakyatnya yang disana tidak terbela?..sedangkan itu adalah tugas beliau.

Nampaknya Ku Li cuba bermain sendiwara, mungkin nak jadi Hero Hindustan kot?. Apapun diharap Ku Li mestilah jujur didalam hal ini. Jangan dikeruhkan lagi keadaan kerana ramai rakyat masih mengenang akan jasa-jasa Ku Li semasa berada di dalam Kerajaan. Belajarlah berterima kasih wahai Ku Li, jangan cuba-cuba nak meracuni hati rakyat untuk membenci Kerajaan ibarat "baling batu sembunyi tangan", bahaya tu!

Dan.....kalau boleh janganlah ajak rakyat berdemo lagi seperti yang dilakukan oleh Bersih pertubuhan haram yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara.

Insyallah, saya akan cuba dapatkan senarai ahli Jawatankuasa Amanah di masa yang terdekat ini. Setakat yang saya tahu Tengku Razaleigh adalah Presidennya. Tunggu!! - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...