Wednesday, July 6, 2011

Bersih anjur 'Birthday Party' depan Bukit Aman?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Demo, demo, demo. Itu saja yang mereka tahu. Memang muka pengotor, leboh kotor dari sampah. Mana yang dikatakan Bersih ? Masih tak puas hati, masih nak berdemo, depan balai Polis pun jadi. Langsung tak menghormati Polis.

50 nyalakan 'lilin' depan Bukit Aman minta bebaskan tahanan Bersih.

[KUALA LUMPUR, 6 Julai — Kira-kira 50 individu berkumpul dan menyalakan lilin di luar ibu pejabat polis Bukit Aman di sini semalam bagi menuntut polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mereka mula berhimpun sejak 8.15 malam dan antara yang hadir termasuk kaum keluarga enam aktivis terbabit, ahli politik, anggota Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan anggota Lawyers for Liberty.

Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim berkata pihaknya telah pun menyerahkan bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perkara ini dan memohon kerjasama polis agar kesemua enam aktivis itu dibebaskan.

Kumpulan itu bersurai secara aman kira-kira setengah jam kemudian.

Keenam-enam anggota PSM yang ditahan itu, termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

Polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.]

ELOK BENAR KALAU PERHIMPUNAN BERSIH DI STADIUM ITU DITUKAR KEPADA 'BIRTHDAY PARTI'......BAKARLAH LILIN TU BANYAK-BANYAK, ASALKAN JANGAN BAKAR STADIUM DAH LE..HEHEHEHE - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...