Monday, July 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

18 JULAI


UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS PASAR PERNIAGAAN MERDEKA (MERDEKA TRADE FAIR)

TARIKH PERISTIWA : 18.07.1957

Pada hari ini 18.07.1957, satu upacara perletakan batu asas Pasar Perniagaan Merdeka telah diadakan di Petaling Jaya Selangor. Upacara ini dilakukan oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dalam ucapannya YTM Tunku telah mengucapkan tahniah kepada Dewan Perniagaan Melayu Muda kerana menganjurkan Pasar Perniagaan ini bersempena dengan sambutan perayaan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos. Usaha seumpama ini menurut Tunku akan menambahkan lagi daya tarikan kepada perayaan kemerdekaan serta satu galakan kepada pengusaha-pengusaha bumiputera mengambil bahagian dalam perusahaan dan perniagaan di negara ini demi memenuhi hasrat Kerajaan dan rakyat ke arah pembangunan negara. Selain pengusaha-pengusaha tempatan seperti pengeluar-pengeluar bijih timah, getah dan lain-lain, turut mengambil bahagian dalam Pasar Perniagaan Merdeka ini ialah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara-negara asing. Ia membuktikan bahawa mereka mula menaruh kepercayaan terhadap perkembangan ekonomi negara ini. Sekaligus ia juga dapat mengeratkan rasa muhibah dan persefahaman negara-negara luar dengan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya YTM Tunku menyeru semua pemuda di negara ini supaya terus berusaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan negara melalui penglibatan secara serius dalam perusahaan-perusahaan perindustrian dan perniagaan baik di dalam negeri juga dengan negara-negara luar.

(Gambar Hiasan)


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. AMALKAN BANYAK MEMBACA BAGI MENINGKATKAN MINDA KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...