Monday, July 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

04 JULAI

Tentera Inggeris sedang berperang (Gambar Hiasan)

INGGERIS MENYERANG KUALA SELANGOR

TARIKH PERISTIWA : 04.07.1871
Pada hari ini dalam tahun 1871, pekan Kuala Selangor telah diserang dan dibedil oleh angkatan perang Inggeris. Serangan ini dilakukan ekoran daripada peristiwa serangan lanun ke atas sebuah tongkang yang dimiliki oleh seorang saudagar dari Pulau Pinang yang telah menyebabkan 34 orang terbunuh. Berikutan itu, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah menghantar satu rombongan dengan kapal H.M.S Rinaldo dan Pluto ke Kuala Selangor, menuntut kepada Raja Muda Musa agar lanun-lanun yang melarikan diri ke Kuala Selangor itu ditangkap. Rombongan angkatan perang yang tiba ke Kuala Selangor telah bertemu dengan Syed Mashor, Raja Mahmud dan Raja Mahadi dan telah berlaku pertengkaran serta pergelutan hingga menyebabkan seorang anggota tentera Inggeris terbunuh dan dan enam orang tercedera. Lanjutan daripada itu, angkatan perang Inggeris telah menyerang dan membedil kota-kota dan pekan Kuala Selangor. Serangan kali kedua pada 6 Julai 1871 telah membinasakan kubu dan membakar penempatan di pekan Kuala Selangor. Sesungguhnya, pihak Inggeris telah sedia menanti peluang untuk campur tangan di Selangor. Peluang permasalahan lanun ini telah dijadikan alasan untuk memasuki Selangor selepas negeri Perak.
Rumah Api, Bukit Melawati, Kuala Selangor


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA AKAN MENGURANGKAN STRESS ATAU TEKANAN. IKHLAS DARI : IBM.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...