Saturday, July 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

16 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH:

ANUGERAH DARJAH TAN SRI MAHARAJA MANGKU NEGARA KEPADA DATO' HUSSEIN ONN

TARIKH PERISTIWA : 16.07.1981
Pada hari ini dalam tahun 1981, Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, telah dianugerahkan Darjah Sri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa kepada gelaran `Tun'. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah berkenan mengurniakan Anugerah tertinggi kepada beliau pada satu upacara yang telah diadakan di Istana Negara. Penganugerahan ini adalah sebagai mengenang segala jasa, sumbangan bakti beliau kepada negara. Tun Hussein Onn telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976 berikutan pemergiaan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tun Hussein Onn merupakan seorang tokoh politik yang disegani, mula menyertai UMNO sejak diawal penubuhan parti tersebut lagi. Beliau telah turut bersama-sama orang- orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Pengorbanan beliau terhadap UMNO begitu besar, terutama apabila meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk bergiat aktif di dalam UMNO. Sesungguhnya, jasa Allahyarham Tun Hussein Onn akan tetap terus dikenang sebagai pemimpin negara yang telah mengisi ruang-ruang kemerdekaan negara.
Album Keluarga Tun Hussein Onn

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA BOLEH MENDEKATI DAN MENGENALI DIRI KITA SENDIRI. IKHLAS DARI : IBM
{SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...