Tuesday, July 19, 2011

Misi Tawan Kembali Negeri Selangor!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Matlamat sebenar Program Juara Rakyat adalah program yang merujuk kepada hasrat Umno untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Ia juga bertujuan meletakkan Umno terus berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan parti. Yang penting, program itu bukan untuk bermegah atau menyombong apabila menyebut juara, tetapi menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar dan matlamat perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara, malah menangkis tohmahan Pakatan Rakyat yang mendakwa lebih berhak menjadi juara rakyat. Jom, sama-sama kita berganding bahu menjayakan program Juara Rakyat. Dulu, Kini Dan Selama-lamanya - IBM


Semua UMNO Bahagian Di Selangor Perlu Semarakkan Program Juara Rakyat.

[SHAH ALAM, Julai – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus menyeru agar semua bahagian UMNO di Selangor bersama-sama menyemarakkan lagi program Juara Rakyat yang diperkenalkan tahun lalu sebagai usaha meraih keyakinan pengundi.

Menurut beliau, program Juara Rakyat ini adalah salah satu medium baru untuk UMNO mendekatkan diri dengan masyarakat setempat sekaligus menyalurkan maklumat penting kepada orang ramai.

Katanya, program yang dijadikan program bulanan di setiap bahagian UMNO ini mampu mengukuhkan kesepaduan parti Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang dijangka paling getir sepanjang PRU diadakan.

Jelas beliau UMNO Selangor sendiri sentiasa menggunakan pendekatan baru setiap tahun untuk melihat keberkesanan program Juara Rakyat ini.

“Sekiranya program ini diadakan dengan baik maka ianya mampu mencapai matlamat dan memberi kesan bukan sahaja kepada parti malah kepada rakyat. Intipati program yang dirancang haruslah mesra rakyat agar orang ramai akan turun bersama-sama menjayakan program ini.

“Selain isu ceramah yang menyentuh isu semasa dan penglibatan semua parti komponen BN, kita juga menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti turun padang serta ziarah masyarakat. Dengan cara ini rakyat akan berasa lebih dekat dengan pemimpin dan masalah rakyat boleh terus disalurkan agar tindakan susulan dapat diambil segera,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang seterusnya berkata penganjuran program Juara Rakyat merupakan altenatif parti yang boleh digunakan oleh rakyat untuk mengadu terus sebarang masalah yang dihadapi.

“Melalui program ini juga, ianya mampu menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan semasa ahli dan juga masyarakat setempat”, ujarnya.

Katanya lagi, memandangkan situasi politik masa kini s, setiap UMNO Bahagian perlu menggunakan platform Juara Rakyat untuk meraih kembali keyakinan rakyat kepada UMNO dan kerajaan di dalam misi merampas negeri Selangor dalam PRU akan datang.

“Rakyat perlu diberi penerangan yang betul sekiranya kita mahu mereka terus menyokong parti. Kita sedar, dakyah pembangkang memang berleluasa sehingga mampu mempengaruhi pengundi jadi kita perlu berusaha lebih mendekati pengundi untuk membetulkan pandangan mereka terhadap UMNO.

“Ramai rakyat di Selangor sebenarnya sudah semakin sedar akan kepincangan nyata pihak pembangkang sepanjang tiga tahun memerintah negeri Selangor. Maka itu, kita perlu mendekatkan diri dengan rakyat agar mereka sedar UMNO sentiasa prihatin di atas nasib rakyat. Rakyat perlu membantu parti untuk merampas kembali negeri Selangor dari tangan pakatan pembangkang,” ujarnya. -MediaUMNO]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...