Friday, July 29, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

29 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

PENGISYTIHARAN MEMERANGI PENGGANAS KOMUNIS DI SEMPADAN TANAH MELAYU-SIAM DITANDATANGANI

TARIKH PERISTIWA : 29.07.1960

Pada hari ini 29.7.1960, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein telah menandatangani pengisytiharan untuk memerangi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu-Siam di Kuala Lumpur. Pengisytiharan yang terkandung dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 ini dikuatkuasakan mulai 1 hb. Ogos 1960 dan mengandungi butir-butir lengkap tentang penetapan daerah keselamatan di sempadan Tanah Melayu-Siam. Kawasan yang ditetapkan meliputi bahagian timur Perlis dan Kedah, bahagian Utara Perak serta bahagian utara dan barat negeri Kelantan.

Di dalam pengisytiharan yang ditandatangani ini, sebanyak lima peraturan keselamatan Dalam Negeri telah ditetapkan, iaitu;

  1. Peraturan-peraturan umum yang meliputi pembinaan pagar-pagar duri dan kuatkuasa mengawasi pemberisahan belukar-belukar dalam kawasan keselamatan sempadan.
  2. Peraturan-peraturan yang menyentuh tentang sekatan dan larangan barang-barang makanan dan bekalan-bekalan lain.
  3. Peraturan-peraturan ke atas pengawalan getah, iaitu yang melarang getah dibawa antara 6.30 petang dan 6.30 pagi tanpa kebenaran di dalam kawasan keselamatan.
  4. Peraturan-peraturan mengenai ganti rugi kecederaan bagi orang awam; dan
  5. Peraturan-peraturan mengenai elaun kecederaan.

Selain daripada itu, pengisytiharan yang di tandatangani ini turut juga melarang penggunaan lambang-lambang terutama yang mangandungi bintang merah lima segi atau lambang tukul besi serta penerbitan dan jualan majalah-majalah yang tertentu. Pengisytiharan memerangi pengganas komunis di sepanjang sempadan Tanah Melayu-Siam yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1960, merupakan usaha awal kerajaan Tanah Melayu ke arah mewujudkan keamanan dan keselamatan di sempadan. Hingga kini kerajaan Malaysia telah berjaya mengekalkan keamanan di kawasan Sempadan Malaysia-Thai terutama setelah wujudnya keselamatan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan secara bersama.


Sebagaian anggota Parti Komunis Malaya

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. BACALAH SELAGI ANDA TIDAK JEMU KERANA TABIAT MEMBACA TIDAK MERUGIKAN MALAH BANYAK MENAFAATNYA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...