[GUA MUSANG, 21 Julai - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0 dan menyifatkannya sebagai permintaan yang adil.
Bercakap kepada pemberita, beliau juga berpendapat pihak kerajaan sepatutnya melayan tuntutan 62 badan NGO jika benar-benar mahu melaksanakan keadilan dan kebertanggungjawaban terhadap sistem pilihanraya di negara ini.
"Sebagai pengamal demokrasi sejati dan UMNO juga telah bersumpah akan melindungi sistem demokrasi di negara ini, sepatutnya kita perlu mempertimbangkan permintaan mereka," ujar beliau.
"Saya tidak merasakan mereka ini akan menggulingkan kerajaan sedia ada," kata beliau sebagai menjawab tuduhan pemimpin kerajaan bahawa perhimpunan haram ini bertujuan mahu menggulingkan kerajaan BN.
Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li menambah adalah sesuatu yang normal jika pihak pembangkang menyokong gerakan tuntutan badan-badan NGO ini.
"Jika rakyat sudah memilih pembangkang, apa boleh kita buat? Itu adalah hak demokrasi setiap pengundi," tambah beliau selepas mengadakan sidang akgbar di Gua Musang.]
Menyokong tuntutan Bersih, tapi tidak menyokong untuk berdemo, begitu ke Tengku? Jawapannya ada pada Tengku Razaleigh.
bosanlah dgn idea kuli ni. kecewa & dendam je yg jd sebab knp kuli bercakap mcm ni...
ReplyDeleteusin...
ReplyDeleteSalam. Itulah antara punca mengapa Umno lemah. Kita kena kembalikan kepercayaan org2 melayu terhadap Umno. Cara Ku Li berpolitik adalah cara yg dah ketinggalan zaman. sudah tidak ada keikhlasan dlm perjaungan, semuanya kerana pangkat.
Sekiranya apa yg dicita2kan x kesampian, maka parti di hentam secukup2nya dan protes sehingga menjejaskan krebiliti dan nama baik parti. Ada juga yg keluar parti, kononya di pihak yg lagi satu, masa depan politiknya cerah....masukkkkkkk...begitulah agaknya.
Ku Li dah tak ada disini, dia ada diseberang sana dan jambatan untuk dia kembali telah dibakar oleh dia sendiri.. jadi tiada apa yang menghairankan..kuatkan sedikit ingatan supaya Melayu tak mudah lupa...
ReplyDeletePak Ard....
ReplyDeleteSalam. Mungkinkah Ku Li sorang politician melayu yg mudah lupa? lupa semasa zaman kegemilangannya dulu. Atau, adakah dia di ketogerikan pemimpin yg susah utk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan?..lupakah dia siapa yg menaikkannya dulu..?
Kepada Ku Li, fikir-fikirkanlah. Jgn cakap ikut sedap mulut.