Thursday, June 9, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

09 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG SEKRETARIAT ISLAM
Tarikh Peristiwa : 09.06.1970

Pada hari ini 9.6.1970, Perdana menteri, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Sekretariat Tetap Negara-Negara Islam yang akan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. Perlantikan ini telah dibuat setelah satu perundingan diadakan di antara Al-Malik Faisal dengan Tunku Abdul Rahman di pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Perkara pengurusan Sekretariat Islam merupakan salah satu perkara yang dibincangkan di dalam rundingan-rundingan sempena lawatan rasmi selama 4 hari Raja Al-Malik Faisal dari Arab Saudi ke Malaysia. Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan perlantikan tersebut di samping beliau akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Di dalam perundingan di antara Al-Malik Faisal dan Tunku Abdul Rahman, kedua-dua pihak telah membincangkan masalah-masalah yang bersangkutan dengan Timur Tengah, mengenai pengurusan Sekretariat Islam dan perkembangan-perkembangan yang berlaku di Asia Tenggara. Turut hadir di dalam perundingan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan Pegawai-Pegawai Kanan Al-Malik Faisal serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian luar. Penubuhan Sekretariat Islam dan perlantikan Malaysia untuk mengetuainya telah diputuskan dalam sidang Menteri-Menteri Luar Negara Islam yang telah berlangsung di Jeddah. Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin Islam yang pertama dilantik mengetuai Sekretariat itu. Buat permulaannya, ibu pejabat Sekretarait tersebut ditempatkan di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Jeddah. Semasa perlantikan itu, Tunku Abdul Rahman berumur 63 tahun dan telah mewakili Malaysia di Persidangan Kemuncak Negara-Negara Islam di Rabat, Morocco dalam bulan September 1969. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agong memandangkan kepada pengalaman dan kebolehan serta beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal di peringkat Antarabangsa. Di antara tugas-tugas Sekretariat Islam yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman itu untuk menyelaraskan perlaksanaan hasil-hasil persidangan Islam yang telah berlangsung di Rabat disamping mengatur persidangan-persidangan yang akan datang. Kedudukan pegawai-pegawai dan peruntukan kewangan Sekretariat tersebut adalah mengikut keputusan perundingan di antara negara-negara anggota. Sekretariat itu menggunakan bahasa Inggeris, Arab dan Perancis di dalam urusan-urusan.

BACALAH PUAS-PUAS. IKHLAS : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...