Saturday, June 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

18 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

DARURAT DIISTIHARKAN DI TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa : 18.06.1948

Pada hari ini 18.6.1948 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Perisytiharan darurat ini adalah ekoran dari beberapa keganasan dan pemogokkan yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (MCP) dalam usahanya untuk berkuasa di negara ini. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1.2.1948 telah mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu, pemansuhan Malayan Union serta penyatuan sembilan buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat kedalam satu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Persekutuan ini tidaklah memuaskan hati semua penduduk di negeri ini. Ini termasuklah beberapa buah pertubuhan politik saperti AMCJA (Malayan Democratic Union, Malayan New Democratic Youth Leaque and Malayan People's Anti-Japanese Ex-Service Comrades Association) PUTERA dan Parti Komunis Malaya (MCP). Dalam bulan Febuari tahun 1948, Parti- Parti Komunis Asia telah menghadiri Kongres Pemuda Asia di Calcutta yang telah mengambil keputusan menggunakan kekerasan dalam usaha mengambil alih Kerajaan di negeri-negeri Asia. Ini diikuti tidak lama kemudian dengan pemberontakan komunis di Burma, India, Indonesia dan Filipina yang seolah-olah menunjukkan satu gerakan yang diselaraskan di Asia. Parti komunis Malaya (MCP) di Tanah Melayu yang diketuai oleh Cheng Peng telah memulakan pemberontakkan mereka di Tanah Melayu. Mereka ini bertujuan untuk menubuhkan Kerajaan Komunis di Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat ini, mereka telah melancarkan keganasan dan beberapa pemogokkan di seluruh negara bagi melumpuhkan ekonomi negara dengan mengkhianati ladang-ladang getah dan lombong-lombong. Mereka membunuh pengurus-pengurus, formen-formen dan pekerja-pekerja untuk menghentikan pengeluaran dan merosakan landasan-landasan keretapi serta alat-alat perhubungan dan pengangkutan yang lain. Tindakan-tindakan mereka ini telah membuatkan rakyat yang cintakan perdamaian di negara ini menentang mereka. Bagi menjamin ketenteraman negara dan rakyat keseluruhannya, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu sir Edward Gent, telah mengisytiharkan darurat diseluruh negara bagi memudahkan gerakan-gerakan pasukan keselamatan menjalankan tugasnya membanteras keganasan tersebut. Beberapa langkah telah diambil yang antara lainnya termasuklah pembesaran Pasukan Askar Melayu, penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang, penubuhan perkampungan baru di bawah Rancangan Brigg's, perkhidmatan tentera yang dimestikan dan sebagainya yang semuanya bertujuan untuk menghapuskan serta membendung kegiatan-kegiatan Parti Komunis Malaya (MPC).

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...