Thursday, June 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

16 JUN

HARI INI DALAM SEJARAH :

PELANCARAN PROJEK SOSIAL DARA OLEH Y.A.B. DATO SERI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
TARIKH PERISTIWA :

Kemajuan pembangunan negara tidak akan sempurna jika tumpuan cuma pembangunan ekonomi semata, soal kemanusian juga harus diberikan tumpuan. Dalam hal ini DARA (Lembaga Kemaajuan Pahang Tenggara) yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan kawasan Pahang Tenggara tidak ketinggalan menumpukan perhatian dalam soal-soal sosial. Pada hari ini Menteri Besar Pahang, Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan projek sosial DARA bertempat di Bandar Muadzam Shah. Di antara tumpuan bidang pembangunan sosial berkaitan pembangunan kerohanian, pendidikan, keusahawan dan kemasyarakatan. Pelaksanaan aktiviti Pembangunan sosial ini telah berjaya menghasilkan kesan positif kepada mesyuarat di kawasan DARA seperti mengelak gejala-gejala sosial di kalangan remaja dan program pembangunan rakyat termiskin (PPKT) telah berjaya meningkatkan pendapatan golongan miskin. Hari ini, kita melihat pembangunan yang berasaskan semata-mata pada ekonomi tidak mampu mengekalkan dan memperbaiki nasib sesuatu masyarakat jika tumpuan tidak diberikan juga kepada bidang-bidang lain seperti sosial.

IBM : SELAMAT MEMBACA

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...