Sunday, June 12, 2011

Pakatan Rakyat minta sedekah, merayu pada rakyat untuk berkuasa dan terajui Negara di PRU ke - 13 akan datang

DARI MEJA IBM :
Assalamu'alaikum w.b.t salam ukhwah dan salam sejahtera untuk semua


Hadi: Negara kebajikan boleh dibukti jika Pakatan diberi mandat teraju negara


KUALA LUMPUR, 12 Jun — Sambil menyifatkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan “kepanasan”, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.

Hadi berkata kritikan yang dibuat BN terutamanya Umno terhadap konsep negara kebajikan disebabkan parti itu bimbang akan sokongan rakyat akan beralih.

“Mereka (BN) rasa kepanasan dengan konsep negara kebajikan kita ini, mereka tidak tahu apa itu negara kebajikan yang bercirikan Islam yang mana kita tidak menghalalkan apa yang haram.

“Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan kita beri kita menang, dalam tempoh lima tahun kita akan tunjukkan, apa yang Umno lakukan selama ini mencabuli sistem sedia ada,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama selepas pemilihan parti itu minggu lalu.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu awal minggu ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh.

Terbaru, seorang lagi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan sebagai sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.

KOMEN IBM : KADANG-KADANG NAK KETAWA PUN ADA BILA BACA STATEMENT YANG MEREPEK DARI PRESIDEN PAS DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG LAIN. DEPA DAH MACAM PEMINTA SEDEKAH, MERAYU DAN BERBOHONG PADA RAKYAT . PAS TUKAR KONSEP PERJUANGANYA, DARI NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN. MEMANG KELAKAR..HUHUHU......


2 comments:

  1. Nak hidupkan partipun kena minta sedekah, macam mana nak jaga kebajikan rakyat?

    ReplyDelete
  2. enalrahim : Salam. Biasa le bro. Contohnya parti Pas, sentiasa menghantar pengikut2nya dgn membawa kotak/tong utk minta derma di merata tempat. kononya nak baik pulih Masjid/surau. Entah betul ke tidak. Memang itulah perangai depa.

    Oleh kerana minta sedekah ni dah sebati dlm jiwa mereka, maka utk menjadi pemerintah pun mereka terpaksa minta sedekah dgn rakyat. Dasar penipu Pas. Memang HAMPEHHHH...!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...