Tuesday, June 14, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

14 JUN

MAT KILAU MENYERANG KUALA TEMBELING
Tarikh Peritiwa : 14.06.1894
Pada hari ini dalam tahun 1894, Mat Kilau Pahlawan Melayu Pahang yang tersohor yang juga anak kepada pahlawan Tok Gajah, telah menyerang pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling. Serangan yang mendapat sokongan senjata dan tenaga daripada Terengganu dan Kelantan ini dilancarkan oleh Mat Kilau sebagai balasan kepada keengganannya untuk menyerah diri kepada pihak Inggeris. Pada bulan Oktober 1892, Pentadbiran Inggeris di Pahang telah membuat pengumuman pengampunan beramai-ramai kepada pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang menentang Pentadbiran Inggeris. Serangan di Kuala Tembeling ini merupakan antara beberapa siri penentangan yang dilancarkan oleh Mat Kilau untuk menghapuskan penjajahan Inggeris. Mat Kilau dan pasukannya telah memperolehi kejayaan dalam serangan di Kuala Tembeling ini. Sesungguhnya, semangat perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu tulin ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...