Wednesday, June 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UHKWAH DAN SALAM SEJAHTERA

Suasana di dalam Kasino di Genting Highland

Genting Highlands antara tempat pelancongan yang paling popular di Malaysia

HARI INI DALAM SEJARAH

LARANGAN ORANG ISLAM MASUK KASINO DI GENTING HIGHLANDS
Tarikh Peristiwa : 08.06.1983

Peraturan dan undang-undang Islam yang kuatkuasa ke atas umat Islam adalah bertujuan untuk menegakkan undang-undang di samping menjaga moral dan akhlak orang-orang Islam. Pada hari ini 8 Jun 1983 satu peraturan khas telah dikeluarkan iaitu pengisytiharan larangan orang Islam memasuki kasino di Genting Highlands. Larangan yang berkuatkuasa mulai hari ini telah dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan juga Sultan Pahang. Larangan ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Pekan, Pahang pada 5 Mei 1983 dan mula berkuatkuasa pada hari ini 8 Jun 1983. Mengikut seksyen 169 Undang-undang Pentadbiran Majlis Agama Islam Pahang Sultan selaku Ketua Agama boleh mengeluarkan perintah dan arahan bersabit dengan hal ehwal agama Islam di negara ini. Mereka yang melanggar peraturan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda RM250.00 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Larangan ini hanya melibatkan orang-orang Islam dari warganegara Malaysia dan pengkuatkuasanya akan dilakukan bersama oleh pegawai-pegawai merinyu agama dari Jabatan Agama Islam Pahang, pegawai-pegawai perbendaharaan dan pihak pengurusan Genting Highlands sendiri. Sebagai langkah menguatkuasakan larangan tersebut papan-papan tanda yang mencegah umat Islam memasuki sama ada untuk melawat atau berjudi di kasino akan dipasang di premis-premis tersebut. Merinyu dari semua daerah di negeri Pahang akan bertugas bergilir-gilir di kawasan tersebut untuk membuat pemeriksaan di pintu masuk kasino. Dengan terlaksananya peraturan ini, umat Islam akan ditegah dari melakukan perbuatan berjudi. Diharapkan peraturan tersebut akhlak dan moral umat Islam akan lebih terjamin.

'JUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM '

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...