Saturday, June 11, 2011

Ganas benar ke Filem Kongsi & KL Gangster sehingga jatuh imej Melayu ??

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


Ehhh..ehhh..biar betul ni. Korang dah tengok ke kedua-dua filem ni ? Macam-macam hal le korang ni. Kalau tak buat filem, ada yang kata filem melayu dah mati, tiada idea, bankrup dan macam-macam lagi.

Bagi pandangan IBM, kedua-dua filem ini ada keistimewaan masing-masing. Jelas, standard filem melayu sekarang jauh lebih baik dari dulu. Dari segi muzik, tekniknya, stuntnya, seolah-olah nampak macam 'real'. Memanglah adegan-adegannya nampak ganas, tapi sesuai dengan tajuk ceritanya. Dari segi mana sesetengah pihak mengatakan kedua-kedua filem ini menjatuhkan imej melayu..?

KERATAN DARI MALAYSIAN INSIDER :>>>>

Bahasa

Filem Kongsi dan KL Gangster jatuh imej Melayu, dakwa Pekida

June 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Di sebalik kutipan pecah panggung, sebuah pertubuhan Melayu mendakwa filem “Kongsi” arahan Farid Kamil Zahari mencemarkan imej orang Melayu dengan memaparkan adegan yang mencerminkan seolah-olah kaum terbesar itu terlibat dalam aktiviti gengsterisme.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan juga menyifatkan filem KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu turut mempunyai unsur-unsur merendahkan martabat orang Melayu selain boleh mempengaruhi golongan muda.

“Filem Kongsi dan KL Gangster ini seolah-olah mencemar imej orang Melayu dengan memaparkan orang Melayu ini adalah gengster, malah banyak adegan-adegan yang dipaparkan secara tidak langsung merendahkan martabat kita.

“Banyak adegan-adegan dalam kedua-dua filem ini mencemarkan imej orang Melayu dan boleh mempengaruhi remaja, malah bahasa-bahasa yang digunakan dalam filem ini tidak boleh diterima sebab menggunakan bahasa kesat,” kata Ketua Ahli Majlis Pekida Wilayah Persekutuan Norashikin Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.

KOMEN IBM : KENAPA BARU SEKARANG PEKIDA BUKA MATA, SEDANGKAN MEREKA-MEREKA INI JUGA KADANG-KADANG BERLAGAK MACAM GANSTER BILA NAK MENYELESAIKAN MASALAH DI ANTARA ORANG-ORANG MELAYU. MENGAKU ADIK BERADIK KONON, TAPI BERENTAP, BERTUMBUK SESAMA SENDIRI, LEPAS ITU BARU TAHU DARI PERTUBUHAN YANG SAMA, PEKIDA. FIKIR-FIKIRKANLAH......SEDANGKAN KEDUA-DUANYA ITU HANYA SEBUAH FILEM YANG DILAKUNKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA INDUSTRI PERFILEMAN TEMPATAN KITA. JANGAN ASYIK NAK BANGKANG JE.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...