Thursday, June 9, 2011

Musim buang bayi kembali lagi ?

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

Kes pembuangan bayi kembali menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini. Pada penghujung bulan Mei dan awal bulan ini, kita telah digemparkan dengan penemuan bayi malang di sungai Gombak, tak kurang juga dengan kes bayi ditinggalkan di hadapan rumah dan paling ketara apabila bayi baru lahir di campak dari tingkat lima, di sebuah pangsapuri.

Menurut Pengarah Jabatan siasiatan jenayah Bukit aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin baru-baru ini, sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.
Jumlah itu merangkumi 203 lelaki, 164 perempuan dan 150 tidak diketahui jantinanya. Daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 masih hidup, manakala 287 pula meninggal dunia. Seramai 37 suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januri ini berhubung kes pembuangan bayi.

Walaupun sudah pelbagai kempen dijalankan, namun ia tidak mampu membenteras gejala ini. Sampai bilakah ia harus berlarutan.?

KOMEN IBM : PINDA UNDANG-UNDANG JENAYAH DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG LEBIH BERAT JIKA DI DAPATI BERSALAH. LAKSANAKAN DENDA DAN PENJARA SEKALI GUS. DENDA YANG TINGGI DAN PANJANGKAN TEMPUH TAHANAN PENJARA. BIAR MEREKA MERANA DAN INSAF.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...