Friday, June 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

10 JUN

PENUBUHAN LEMBAGA PERANCANG KELUARGA NEGARA
Tarikh Peristiwa : 10.06.1966

Memandangkan kepada perkembangan penduduk yang semakin pesat, kerajaan telah mengambil keputusan bagi menjalankan program perancang keluarga di negara ini sebagai salah satu daripada polisi kerajaan. Justeru itu pada hari ini 10.6.1966 Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mengisytiharkan penubuhan Lembaga Perancang Keluarga Negara Malaysia (LPKN). Rang Undang-undang mengenai perancang keluarga dibentangkan dalam Parlimen pada bulan Mac 1966 dan diluluskan menjadi sebuah undang-undang dinamakan "Family Planning Act Bil. 42 Tahun 1966". Kabinet juga mengambil keputusan bahawa Perdana Menteri menjadi menteri yang bertanggungjawab ke atas Lembaga sepertimana dikehendaki oleh undang-undang.
Di antara tugas-tugas dan kewajipan LPKN ialah:-

  1. Menggubal dasar-dasar dan cara-cara praktik perancang keluarga berdasarkan kesihatan ibu-ibu serta anak-anak dan kebajikan keluarga.
  2. Merancang, mengarah, mentadbir dan membuat penyelarasan bagi kerja-keja perancang keluarga seluruh negara.
  3. Bertanggungjawab mengenai latihan-latihan untuk mereka yang berkaitan dengan perancangan keluarga.
  4. Bertanggungjawab dan berusaha bagi menjalankan penyelidikan-penyelidikan dari segi perubatan dan biologi yang berkaitan dengan perancang keluarga.
  5. Menggalakkan Kajian dan penyelidikan perhubungan antara sosial, kebudayaan, ekonomi dan perubahan bilangan penduduk-penduduk dan juga penyelidikan berkaitan dengan kebiakan dan perlahiran.
  6. Menentukan satu sistem nilaian, dari masa ke semasa supaya dapat menentukan sejauhmana rancangan-rancangan tertentu dapat memberi kesan kepada kemajuan-kemajuan untuk mencapai tujuan-tujuan negara.
  7. Mengambil pegawai-pegawai dan kakitangan sepertimana yang difikirkan mustahak mengikut peraturan-peraturan yang akan diluluskan oleh menteri untuk menjalankan tugas-tugas Lembaga.

Dengan penubuhan dan usaha-usaha yang dijalankan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara adalah diharap matlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang adil, liberal, demokratik, bersatu padu dan progresif akan berhasil.

SELAMAT MEMBACA. DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...