DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTER KEPADA SEMUA
ISU PERHIMPUNAN 'HARAM BERSIH2.0' .
Dalam usaha kerajaan dan badan-badan pertubuhan pro kerajaan (NGO) yang cuba menghalang "Perhimpunan Bersih 2.0", kini timbul pula pertelingkahan dua puak pro kerajaan, iaitu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan PERKASA. Masing-masing cabar mencabar, tuduh menuduh diantara satu sma lain.
IBM beranggapan, adalah amat merugikan sekiranya kedua-dua badan ini bertelingkah di antara satu sama lain mengenai isu yang sama. Apa sebenarnya yang mereka cari, nak jadi 'Hero Hindustan,' publisiti atau menjadi jaguh..?. Oleh itu IBM berpendapat, seelok-eloknya atau yang lebih abdal, kedua-dua badan ini duduk berunding mencari jalan penyelesaian dan membantu kerajaan dan pihak Polis bagi menghalang dan memastikan perhimpunan itu tidak berlaku. Masih ada masa lagi. Berundinglah.
Terkini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang mengkritik dan mahu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di siasat di bawah akta ISA kerana bercakap 'rasis' dengan memainkan sentimen perkauman juga sebagai penghasut. Jesteru, katanya, Presiden Perkara itu perlu diambil tindakan.
Ini adalah ekoran kenyataan Presiden Perkasa yang akan melancarkan 'Perang' terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih 2.0. Datuk S Ambiga dan memberi amaran kepada kaum cina supaya jangan keluar pada 9 julai ini kerana apa saja boleh berlaku.
P/S : DAH LE KJ. BAWA-BAWALAH BERUNDING. KALAU NAK DIKIRAKAN DEPA LAGI DAHSYAT. MEREKA LAGI 'RASIS' DAN LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN NEGARA. IBM PUN NAK INGATKAN RAKAN-RAKAN SUPAYA JANGAN KELUAR PADA HARI ITU. HEHE.. PAK HIM TU TERLAMPAU GERAM KOT - IBM
Salam Bro. La bila masa pulak ada 2 kumpulan pro kerajaan? KJ tu pro pembangkang yang dok dalam kerajaan.
ReplyDeleteWake UP! : W'kumusallam. Ye ke...dajal punya KJ...siap dia...
ReplyDelete