Sunday, June 26, 2011

Tak main le naib juara, kita mahu juara, Juara Rakyat, Najib

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Tidak Ada Istilah Naib Johan Dalam Pilihan Raya Bagi Parti Politik Yang Bertanding

- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yang paling penting bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti politik adalah untuk berjaya dalam pilihan raya kerana menurutnya dalam politik hanya kemenangan membawa erti.

Jesteru itu, Perdana Menteri dan selaku Presiden UMNO itu berkata, dalam pilihan raya tidak istilah naib johan, sepertimana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.

Katanya, dalam pilihan raya, hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita semua dan kita sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya. Dalam pada itu beliau berkata, di dalam dunia dmokrasi berparlimen, tidak ada parti di negara ini yang lebih cemerlang daripada UMNO dan BN daripada segi kejayaan yang telah di cipta
Namun katanya, UMNO dan BN sear bahawa kehebatan masa silam tidak akan menjamin kelangsungan kuasa pada masa akan datang. Beliau seterusnya mengingatkan anggota parti bahawa dua perkara perlu diberi perhatian untuk mencapai kejayaan dalam parti.

Pertama, katanya berkaitan perkiraan angka iaitu siapa yang ada angka lebih dia meang dan keduanya politik adalah berkisar kepada tanggapan ataupun persepsi dan dengan itu persepsi positif di kalangan minda rakyat mengenai parti sentiasa perlu dibina.

Akhirnya, Datuk Seri Najib mengulangi kenyataannya mahukan "calon boleh menag" daripada UMNO dan BN untuk pilihan raya umum akan datang kerana rakyat akan menilai setiap individu yang diletakkan sebagai. Untuk menjadi "Juara Rakyat" bukannya mudah, kerana ianya memerlukan komitment, masa dan sentiasa turun padang. Rakyat mahu semuanya itu.

Bukan senang nak jadi juara rakyat. Maka dgn itu, segala apa yg di katakan oleh PM kita adalah sebagai satu amaran kepada wakil-wakil rakyat yg akan di pilih nanti utk bertanding di PRU k3 - 13 nanti, iaitu calon yg boleh menang. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...