Wednesday, June 8, 2011

Tiada Negara Islam : Hadi Dituntut Jelaskan Fatwa "Kafir", Syahid Memali

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

IBM tak faham dengan perangai orang-orang yang bergelar 'Ulama'. Cakap ikut sedap mulut je. Keluarkan Fatwa juga mengikut sedap mulut depa...boleh tak kalau kita panggil depa semua ni 'DAJAL'..?..hehehe...


Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata kenyataan Hadi berhubung pelaksanaan Negara Islam adalah satu kenyataan dangkal serta memperlihatkan bagaimana beliau telah sedar bahawa perjuangan selama ini adalah tidak benar dan tidak betul.

Lantaran itu, beliau menuntut Hadi memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap perkara itu kerana orang-orang UMNO sebelum ini telah dilemparkan dengan pelbagai cacian dan maki hamun termasuklah “Kafir” pada satu ketika dahulu.


“Jika itulah kenyataan sebenar Hadi, bagaimana pula dengan kematian para syuhada Memali yang sebelum ini sanggup
mati untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Apakah kematian mereka benar-benar syahid…Jika melihat kenyataan Hadi itu, waris mereka mungkin terguris kerana matinya kaum keluarga mereka adalah mati yang sia-sia dan bukannya syahid.


kenyataan sebenar Hadi, bagaimana pula dengan kematian para syuhada Memali yang sebelum ini sanggup mati untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Apakah kematian mereka benar-benar syahid…Jika melihat kenyataan Hadi itu, waris mereka mungkin terguris kerana matinya kaum keluarga mereka adalah mati yang sia-sia dan bukannya syahid.

“Apakah Hadi sedar dan tahu perkara ini.. Hadi perlu huraikan dan jelaskan kepada umum agar ianya tidak menjadi satu kekeliruan kepada kita semua. Janganlah kerana politik sempit dan gara-gara takutnya kepada DAP, Hadi terpaksa keluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana Hadi telah sedar daripada lamunanya selama ini, namun sedikit terkilan dan sedih kerana kesedaran Hadi itu adalah kerana mengikut telunjuk DAP.

“Terus terang saya katakan, saya tidak terkejut tetapi cukup kecewa kerana seorang yang dianggap tokoh ulama di dalam Pas sanggup mengelirukan masyarakat dengan pandangan yang bercampur baur dengan kepentingan politik.,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata parti itu akan lebih memberi tumpuan kepada negara berkebajikan dan bukannya negara Islam pada masa ini kerana mendakwa pelaksanaan negara berkebajikan disebut dalam al-Quran sedangkan negara Islam tidak.

Ustaz Ghazali seterusnya menegaskan tumpuan Pas yang akan memberi lebih tumpuan kepada pembentukan negara berkebajikan hanyalah satu lagi jenama politik untuk perjuangan parti berkenaan.

Menurut beliau setelah berpuluh tahun tegar dengan perjuangan Negara Islam , Pas hari ini tunduk kepada DAP yang dikethaui umum tidak akan setuju dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

“Saya nak jelaskan di sini…Negara Kebajikan ini umpama Negara Kesihatan..Negara Ketenteraan..Apa yang itimewanya konsep tersebut sedangkan kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja telah memberi tumpuan malah telah sekian lama melaksanakannya.

“Percayalah itu hanya gula-gula politik untuk menutup perubahan dasar mereka yang dulunya Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

- MediaUMNO

KOMEN IBM : PAS MEMANG DAH SESAT....SESAT SE SESATNYA.

2 comments:

  1. Jawapan bagi pihak Hj Hadi :

    Undang-undang pun boleh berubah, inikan pula fatwa. Contoh dulu zaman Nabi Adam, adik beradik boleh kawin, tapi zaman nabi Muhammad tak boleh.

    ReplyDelete
  2. mae1ooo : Salam. Sama le tu bro. Bermakna itu adalah fatwa Hj Awang. Fatwa yg memang tak boleh pakai...bercelaru mcm ikan cengcaru..tak mustahil dlm masa terdekat ini, Hj Awang akan memgeluarkan fatwa baru, seperti yg bro katakan, adik beradik boleh kawin...Huhuhu....fatwa Hj Hadi memang celaru, mcm ikan cencaru...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...