Tuesday, June 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

28 JUN

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

HARI KEMAHKOTAAN SULTAN SELANGOR (SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH)

TARIKH PERISTIWA : 28.06.1961

Yang Teramat Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 8.3.1926. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang dan Malay College Kuala Kangsar. Pada 1946 Baginda melanjutkan pelajaran di London dan Baginda merupakan penuntut pertama yang belajar di London selepas perang.Baginda telah dilantik menjadi Tengku Laksamana Selangor pada 1946 dan pada 1950 Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor. Pada hari ini 28.6.1961 Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dimahkotakan dengan penuh istiadat di Balai Rong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor iaitu sebagai Sultan Selangor yang ketujuh. Istiadat pertabalan dimulakan dengan tembakan meriam sebanyak 9 das berserta dengan suara nobat. Keberangkatan Sultan telah didahului oleh satu barisan khas dikepalai oleh Tengku Maharaja Lela sambil membawa semboyan. Apabila Y.M.M. mengambil tempat bersemayan di atas singgahsana, nobat pun di palu dengan lagu `Hairullah’ kemudian upacara kemahkotaan pun dimulakan. Sejurus setelah berlaku istiadat kemahkotaan, Baginda Sultan Selangor hari ini telah berikrar untuk menjalankan pemerintahan negara menurut saluran-saluran perlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang agama Islam. Pada hari ini juga baginda telah mengurniakan pingat emas dan perak kepada 216 orang, di antaranya termasuklah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan lain-lain. Sesungguhnya dengan pertabalan Sultan Selangor pada hari ini telah memberi kebanggaan kepada rakyat Negeri Selangor khasnya dan rakyat Malaysia keseluruhan.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...