Monday, June 13, 2011

Kumpulan sesat Al-Arqam masih bergerak aktif ?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Polis pantau Al-Arqam dipercayai masih aktif

KUALA LUMPUR - Polis sedang memantau pergerakan kumpulan Al-Arqam yang dipercayai masih aktif di negara ini walaupun bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia, Mei tahun lalu.

Menurut sumber, pergerakan kumpulan itu tidak pernah berhenti, sebaliknya hanya menukar nama organisasi mereka.

"Al-Arqam hanya mengubah nama untuk mengelirukan masyarakat serta pihak berkuasa, tetapi sebenarnya tetap meneruskan objektif pergerakan mereka.

"Oleh itu, kita kini pantau pergerakan kumpulan terbabit sebagaimana kegiatan lain berbentuk pemesongan agama dan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas satu rakaman wawancara bersama isteri Ashaari, Khatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di dalam laman sosial, YouTube di Mekah, Mac lalu, yang mendakwa suaminya itu tidak mati sebaliknya ghaib.

Menurut Ummu Jah, Ashaari akan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi tidak lama lagi bagi menggerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.

Ummu Jah turut mendakwa Rasulullah SAW telah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepadanya dalam bentuk cahaya.

KOMEN IBM : BERHATI-HATI SEMUA. PANTAU SEMUA AHLI KELUARGA KITA. KALAU NAMPAK MEREKA BERKELAKUAN LAIN DARI YANG LAIN, CEPAT-CEPAT BERTINDAK. KUMPULAN SESAT INI MEMANG CEPAT MENYESATKAN ORANG.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...