DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
"Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut, macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang." - Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA - Tutup. Pintu rundingan sudah ditutup. Tiada apa lagi yang nak di rundingkan. Buang masa.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengerusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun di beri sebelum ini.
Mereka telah diberi peluang berunding dan perjumpaan telah dibuat pada November tahu lalu membincangkan berkenaan beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik. Menurut SPR, sesetengah pandangan mereka telah diterima, tapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah.
Mengulas tentang tuntutan Bersih, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz berkata, kumpulan tersebut telah di peralatkan oleh parti-parti tertentu mengikut kemahuan mereka. SPR tidak akan tunduk kepada kemahuan itu.
Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, beliau menyangkalnya dan berkata tidak ada parti pembangkang menang di PRU atau pun PRK. Mereka tahu hakikatnya, tapi sengaja nak buat kacau.
KOMEN IBM : SETUJU 100% DENGAN SPR. TUTUP TERUS PINTU RUNDINGAN. JANGAN BAGI MUKA. HAMPEHHHH !!!