Wednesday, June 29, 2011

Guling Kerajaan 'Ala Timur Tengah' - Pihak Berkuasa Harus Ambil Tindakan...


DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

AMPANG, 29 Mac -Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berceramah di Pusat Bandar Taman Melawati pada 25 Mac yang lalu dengan mengajak rakyat khususnya golongan muda untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan melalui proses demostrasi jalanan akhirnya mendapat tentangan awal rakyat apabila satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang mahu kerajaan bertindak tegas terhadap usaha pemimpin PKR ini.

Ahli Perniagaan, Rahimuddin Md Harun, 50 berkata, Kerajaan Malaysia harus bertindak tegas dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana di dalam ceramah tersebut terdapat banyak unsur-unsur yang menghasut dan rakyat agar menentang kerajaan dan menjatuhkan kerajaan yang bukan lagi melalui cara pilihan raya atau pemilihan sebagaimana yang sedia ada.

“Ini mungkin akibat tekanan yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim dengan kes liwatnya dan terkini, kes video seksnya. Beliau menggunakan cara berceramah secara provokasi, dengan mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yang ada sekarang.




“Antara hasutan-hasutannya, sebagaimana yang dapat kita tengok dalam youtube, beliau mengajak golongan muda hari ini menentang kerajaan, kononnya kerajaan hari ini telah berlaku zalim ke atas diri beliau dan pakatan pembangkang. Inilah yang diperkatakan Anwar sewaktu memberikan ceramahnya baru-baru ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di sini Isnin petang.

Tambahnya, ini juga usaha dan agenda Anwar Ibrahim, untuk mencetuskan pergolakan politik sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Negara Timur Tengah yang mengulingkan kerajaan melalui proses demostrasi jalanan.

“Banyak Negara Timur tengah kini berada dalam situasi tegang dan banyak negara digulingkan dengan proses demostrasi jalanan, dan akhirnya kuasa asing akan datang yang kononnya untuk menyelamatkan rakyat di Negara tersebut, tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah kuasa asing ini bukannya nak menyelamatkan rakyat sebaliknya mereka mahukan minyak yang terdapat dalam negera tersebut, sebagaimana di Libya.

“Pada saya, inilah satu cara Anwar nak menyelamatkan diri beliau daripada kes liwat dan kes video lucah yang kini cukup hangat diperkatakan dalam masyarakat kita pada hari ini,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Rahim meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan proaktif bagi membendung usaha-usaha ‘militan’ ini, bagi menjamin keharmonian dan keamanan di dalam negara ini. -MediaUMNO

KDN TUNGGU APA LAGI. TANGKAP JE SI ANWAR TU. SUMBAT KAT DALAM. SENANG CERITA - IBM

2 comments:

  1. Salam Bro,
    Ambillah iktibar dari peristiwa Medan Tahrir, sampai hari ini tidak aman lagi. Rakyat masih lagi berguling di Medan Tahrir. Kepuasan hati tak akan pernah tercapai. Yang penting kena tahu bersyukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  2. Salam. Puak-puak itu mana tahu beryukur bro. Agenda mereka hanyalah utk mengulingkan kerajaan. Semuanya itu adalah angkara si Al-juburi yg ingain sgt jadi PM. Kaum Cina tukang cucuk, kaum india pula tukang BERSIH. Itu sebab mereka mengajak org2 melayu berdemo pd 9 Julai ini yg di ketuai oleh pemimpin perempuan India/Bengali. siapa yg bodoh, siapa yg kena..?....Hehehehe..anda semua tahu jawapanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...