Monday, June 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

27 JUN

SULTAN IBRAHIM

HARI INI DALAM SEJARAH :

SULTAN IBRAHIM MERAMPAS SEMULA SELANGOR DARI BELANDA

TARIKH PERISTIWA : 27.06.1785

Setelah hampir setahun Belanda menguasai Selangor semenjak Ogos 1784 dengan berbekalkan semangat yang kuat dan dengan mendapat bantuan bala tentera Bendahara Abdul Majid dari Pahang dan Raja Haji yang berkuasa di Empayar Johor Riau, maka pada hari ini 27.6.1785 Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim telah berjaya merampas semula negeri Selangor dari tangan Belanda. Belanda menguasai Selangor berpunca dari kekurangan bala tentera, kerana tentera baginda telah ditugaskan untuk membantu Raja Haji dalam peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari Empayar Johor-Riau. Sebelum itu Belanda dan Empayar Johor-Riau di bawah penguasaan Raja Haji telah menandatangani satu Perjanjian Persahabatan. Walau bagaimanapun, apabila Belanda telah menceroboh masuk ke Empayar Johor-Riau, Raja Haji telah membatalkan perjanjian persahabatan tersebut dan telah membantu Sultan Selangor memerangi penempatan-penempatan yang telah ditawan oleh Belanda di Melaka. Dalam peperangan itu Belanda mengalami banyak kekalahan dan terpaksa menghadapi kepayahan dan kesulitan dalam pelbagai hal termasuk mendapatkan bekalan makanan yang semakin berkurangan. Dengan kematian Raja Haji dan beberapa orang pahlawan Bugis pada 18 Jun 1784, serangan terhadap Belanda oleh Sultan Ibrahim terpaksa dihentikan buat seketika waktu. Sungguhpun begitu Sultan Ibrahim masih tidak berputus asa dan berdiam diri di samping terus berusaha untuk mendapatkan bantuan dari pihak-pihak tertentu, dan akhirnya Bendahara Pahang iaitu Bendahara Abdul Majid telah berkesudian untuk membantu baginda. Dengan penyusunan semula bala tentera dan mengenalpasti strategi peperangan dengan cara yang lebih berkesan, maka akhirnya Sultan Ibrahim dan Bendahara Abdul Majid telah berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor. Dengan kejayaan itu maka tamatlah pengaruh Belanda di Selangor dan Sultan Ibrahim berkuasa semula di negeri tumpah darahnya yang tercinta.

TENTERA BELANDA


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...