BENAR atau tidak, itu tidak menjadi persoalannya. Yang pastinya, kenyataan dan rungutan rakyat sejak semenjak ini terhadap Anwar memang ketara. Dia bukanlah pilihan rakyat, dan rakyat dah muak dan menyampah dengan kerenahnya kerana mengheret rakyat bersama kes liwatnya.
Perkara serupa juga telah diluahkan oleh Raja Perta Kamaruddin yang satu ketika menjadi penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kini sudah ramai yang bersuara secara terbuka dan mengkritik Anwar dengan cara terbuka.
Bagi IBM, ini menunjukkan krier politik Anwar sudah sampai ke penghujungnya. Apatahnya, tanggal 9 Januari yang akan menjadi penentunya. Bersalah......ke Sg Bulohlah tempat Anwar menghabiskan sisa-sisa usia tuanya.
Raja Petra Kamarudin (gambar) sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.
Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.
RAKYAT MALAYSIA TOLAK PEMIMPIN GAY SEPERTI ANWAR