Wednesday, August 10, 2011

5 bekas pemimpin PKR bersedia untuk kuburkan Anwar

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Kalau kelima-lima mereka ini di panggil untuk menjadi saksi kes liwat Anwar, maka berkuburlah dia, kantoi le. Tak sabar nak tengok Anwar digari dan dihantar ke Sungai Buloh - IBM

Mohamad Ezam Mohd Noor

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

N.Gobalakrishnan

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya.

Datuk Zulkifili Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya

Anuar Shaari

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.

Muhamad Rahimi Osman

Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...