Saturday, August 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
13 OGOS


HARI INI DALAM SEJARAH.....

SEMINAR PEMBANGUNAN HARTANAH

TARIKH PERISTIWA : 13.08.1985

Pada hari ini 13.8.1985, Menteri Perusahaan Awam, Datin Paduka Rafidah Aziz telah merasmikan Seminar Pembangunan Hartanah - "Masalah dan Peluangnya". Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), yang dihadiri oleh lebih 160 peserta dari golongan usahawan dan para pemaju bumiputera. Seminar kali ini, bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dan langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sektor itu. Dalam ucapannya, Datin Paduka Rafidah Abdul Aziz menegur pemilik-pemilik tanah Bumiputera supaya sentiasa menerapkan nilai-nilai positif terhadap pembangunan hartanah masing-masing kerana sektor tersebut mempunyai potensi yang besar.

Pada seminar kali ini beberapa halangan telah dikenal pasti, yakni :-

  1. Pembahagian yang tidak dapat diselesaikan.
  2. Lokasi yang tidak sesuai untuk pembangunan secara komersil.
  3. kurang keupayaan pemilik untuk merancang dan melaksanakan projek yang menguntungkan
  4. kesukaran mendapat sokongan dan bantuan kewangan dan teknikal.

Di samping itu juga Datin Paduka Rafidah Abdul Aziz menyifatkan tanah milik bumiputera tergolong dalam kumpulan aset yang bernilai tinggi tetapi disebabkan oleh pelbagai halangan dan masalah maka sukar untuk memajukannya secara ekonomik. Oleh itu, diharap seminar pada hari ini dalam tahun 1985, dapat mengenalpasti segala punca masalah serta mengambil langkah-langkah berkesan ke arah meningkatkan lagi pembangunan hartanah di kalangan bumiputera.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. JADIKAN TABIAT MEMBACA SEBAGAI RUTIN HIDUPAN HARIAN KITA. INSYALLAH. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...