[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
Pendedahan Sinar Harian mengenai status kerakyatan Mismah, benar-benar menunjukkan pembangkang kaki penipu dan segala tuduhan yang dilemparkan, kononnya wanita itu mendapat status warga negara Malaysia, adalah palsu dan bohong semata-mata.
PAS pula, parti yang ketandusan idea sanggup mereka-reka pelbagai isu untuk meracuni pemikiran rakyat, termasuk juga isu 'Mismah' ini, supaya masyarakat membenci kerajaan Pusat semata-mata terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Mari kita baca Reaksi dari pemimpin UMNO kita di dalam isu ini.......
"Terbukti segala tohaman dan tuduhan dilamparkan Pakatan Rakyat selama ini, adalah pembohongan semata-mata. Hari ini, terbukti isu Mismah adalah rekaan pihak pembangkang untuk mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan mereka memenuhi janji palsu semasa pilihan raya umum lalu." - Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Abdul Shukor Idrus.
"Cubaan Pakatan Rakyat (PR) menimbulkan persepsi buruk terhadap agensi kerajaan tidak menjadi. Sepatutnya mereka (PR) malu apabila fitnah yang cuba dilakukan kena atas batang hidung sendiri. Jadi, dengan pendedahan ini, kita minta rakyat buka mata dan fikiran permainan politik kotor pembangkang." - YB Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.
"Mereka (PR) sering menimbulkan spekulasi serta isu tanpa soal siasat. Ternyata dakyah 'jahat' mereka untuk meracuni fikiran rakyat, kononnya ada agensi kerajaan bersekongkol dengan kerajaan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional tidak menjadi dan memperlihatkan penipian besar mereka selama ini. Cukup-cukuplah menipu rakyat." - YB Adun Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman.
HARAP-HARAP RAKYAT DAPAT MEMIKIRKAN YANG MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK. UNTUK PRU KE-13 NANTI, KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA SEMUA. BUATLAH PILIHAN YG BETUL. JANGAN SILAP PANGKAH LAGI. BURUK AKIBATNYA. IKHLAS DARI SAYA : IBM