PERASMIAN HARI PELADANG KEBANGSAAN PERTAMA DI BANGUNAN PARLIMEN TARIKH PERISTIWA : 06.08.1975 |
Pada hari ini 6.8.1975, Tun Abdul Razak merasmikan Hari Peladang yang pertama di perkarangan Bangunan Parlimen. Keberkesanan sektor pertanian pada masa kini bukan lagi terletak kepada ramai pekerja yang terlibat, tetapi kemampuan masyarakat petani menggunakan peralatan moden yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga pekerja serta mempertingkatkan hasil dalam sektor tersebut. Dalam ucapannya Tun Abdul Razak menggariskan beberapa perkara dilakukan untuk memajukan para peladang, antaranya:
Perayaan Hari Peladang Kebangsaan adalah suatu aktiviti yang memberi pengiktirafan kepada peladang di samping memberi semangat baru kepada peladang serta membuktikan bahawa peladang masa ini perlu menggunakan teknologi baru yang membolehkan mereka bersaing dari segi pengeluaran hasil. Usaha ini telah menjadikan sektor pertanian lebih ekonomikal dan berdaya saing berbanding dengan sektor-sektor lain. |