Friday, August 19, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
19 OGOS


HARI INI DALAM SEJARAH >>>

PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA

TARIKH PERISTIWA : 19.08.1959
Pada hari ini dalam tahun 1959, Pilihanraya Umum Parlimen pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Ia juga merupakan kali yang pertama di mana cara-cara memperuntukkan kerusi serta perjalanan pilihanraya ditentukan sendiri oleh penduduk Tanah Melayu tanpa paksaan penjajah Inggeris. Terdapat pertambahan jumlah pengundi yang besar ketika itu iaitu 2.17 juta berbanding 1.28 juta pada 1955. Ia juga menunjukkan kenaikan 57% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 7% pengundi India. Parti-parti yang bertanding terdiri dari Parti Perikatan (UMNO – MCA – MIC ), Parti Negara, Parti Malaya, Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Rakyat, Parti Barisan Sosialis, Parti Tindakan Rakyat, Parti Demokratik Rakyat dan beberapa calon bebas. Dari 104 kerusi yang dipertandingkan , Parti Perikatan menang 74 kerusi, PAS menang 13 kerusi, Parti Barisan Sosialis menang 8 kerusi, Parti Progresif Rakyat menang 4 kerusi, Perti Negara 1 kerusi, Parti Malaya 1 kerusi, Bebas 3 kerusi manakala Parti Demokratik Bersatu dan Parti Tindakan Rakyat gagal memenangi sebarang kerusi. Dengan kemenangan besar Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman selaku ketua parti dan Perdana Menteri telah membentuk kabinetnya yang bebas dari tekanan dan campurtangan Inggeris. Sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat dalam sebuah negara yang merdeka telah berjaya ditubuhkan.
Selamat Membaca Kepada Semua. Ikhlas Dari : IBM
[Sumber : Arkib Negara]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...