Monday, August 1, 2011

Jangan Jadi Boneka Anwar - Nalla

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

JANGAN JADI BONEKA ANWAR!...ITULAH MESSAGE YANG DISAMPAIKAN OLEH BEKAS ORANG KANAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, DATUK NALLA.

Beliau mengingatkan kaum India di negara ini supaya bangkit, bangkit untuk menegakkan keadilan, seterusnya membantu kerajaan dan tidak menjadi 'Boneka' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.

Melalui Parti bagi suara kaum India, MIC dan kini tertubuhnya Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sudah tiba masanya mereka berpatah balik kerana ramai diantara mereka yang telah beralih pandang kepada Pakatan Rakyat (PKR) yang kononnya boleh membela dan membuat perubahan kepada kaum India di negara ini.

Malangnya, itu hanyalah janji-janji kosong dari DS Anwar Ibrahim. Dia kini sudah hampir tersepit dengan bermacam-macam masalah. Masalah moral beliau sendiri, masalah dalam parti dan juga dikalangan pemimpin-pemimpin parti komponen PR sudah mula meragui dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

Hanya Barisan Nasional (BN) pilihan yang terbaik untuk kaum India dan juga keseluruhan rakyat Malaysia. Ayuh rakan-rakan India. Menyokong Barisan Nasional (BN) adalah untuk kejayaan semua, tapi menyokong Pakatan Rakyat (PR) menempah mautnya namanya. Fikir-fikirkanlah - IBM

TENGKU Adnan Tengku Mansor menandatangani plak sambil diperhatikan Nallakaruppan (tengah) dan Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas pada Majlis Perasmian Bangunan MUIP di Kuala Lumpur, semalam.

Kata Datuk S, Nalla dan Tengku Adnan :-

[KUALA LUMPUR Julai — Kaum India di Malaysia akan ketinggalan dalam segala aspek jika terus menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar sebenarnya tidak berhasrat untuk membangunkan kehidupan masyarakat India.

Sebaliknya, kata beliau, Anwar menjadikan kaum India di Malaysia sebagai boneka untuk meraih sokongan masyarakat itu demi mencapai cita-cita politiknya.

"Anwar sebenarnya adalah pengancam kepada kestabilan kaum dan masa depan negara," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan bangunan baru MIUP yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

MIUP dilancarkan pada 25 November 2007 oleh Nallakaruppan selepas beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini parti itu mempunyai kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara.

Nallakaruppan berkata, parti itu akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana berpendapat hanya BN dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum serta membentuk kehidupan yang lebih sempurna kepada masyarakat India.

Beliau juga menegaskan, MIUP akan terus bekerja keras untuk meraih sokongan masyarakat India dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Dia (Anwar) sebenarnya sedang merosakkan dan menindas rakyat di negara ini," - Tengku Adnan


Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya meminta masyarakat India supaya tidak mudah terpengaruh dengan percaturan politik Anwar.

Menurutnya, Penasihat PKR itu melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapat sokongan.

"Dia (Anwar) sebenarnya sedang merosakkan dan menindas rakyat di negara ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Tengku Adnan menjelaskan, sekiranya benar pilihan raya negara ini kotor seperti yang digambarkan oleh pembangkang, adalah sukar bagi mereka untuk menang di lima negeri serta merampas 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...