Friday, August 12, 2011

'Saya Masuk Ikut Pintu Depan' - MISMAH!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Wanita yang dicari-cari dan penuh dengan kontroversi dapat warga negara '4' jam seperti yang di dakwa oleh pihak pembangkang, terjawap sudah. Penjelasan telah diberi. Apa lagi yang pembangkang tak puas hati. Ada lagi ke kes yang sebegini rupa?...saya cabar akhbar Malaysiakini dan kuncu-kuncunya untuk dedahkan lagi perkara-perkara seperti ini, jika ada bukti, atau terimalah akibatnya nanti. Jangan cuba bermain api, nanti tangan sendiri yang terbakar dan silap haribulan badan pun akan terbakar hangus. Ibarat kata, sarang tabuan jangan cuba nak dijolok. Faham-faham le ye. - IBM

Petikan dari Sinar Harian :


‘Saya masuk ikut pintu depan’

SHAH ALAM – Namanya tiba-tiba jadi perhatian apabila dikaitkan oleh pemimpin politik parti pembangkang sebagai individu yang kononnya mendapat taraf kewarganegaraan hanya dalam tempoh empat jam, dan kemudian terus didaftar sebagai pengundi.

Mismah, 47, dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur, kononnya taktik licik dilakukan ‘tangan ghaib’ pihak tertentu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan tekad mahu mendapatkan cerita yang sebenar daripada mulut wanita itu sendiri, Sinar Harian sejak seminggu lalu cuba menjejak Mismah yang berasal dari kepulauan Bawean, Indonesia.

Apa benar dia mendapat laluan istimewa untuk bergelar warganegara Malaysia di sebalik pertelingkahan politik berlaku antara parti pemerintah dan pembangkang negara ini?


Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...