Thursday, August 25, 2011

Bila Chegu Bard nak bertaubat?

ASSALAM MUALAIKUM W.B.T Salam Ramadan Salam Ukhwah Dan Salam Sejahtera Kepada Semua

Cabar Chegu Bard dedah faktor dorong fitnah Rosmah

KUALA LUMPUR - Selepas dicabar untuk membuat laporan polis ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta), Badrul Hisham Shaharin didesak pula untuk membuat penjelasan apakah yang mendorong beliau membuat fitnah tersebut.

Ini kerana Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ramai yang ingin mengetahui sama ada Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegu Bard dipaksa atau diberikan imbuhan untuk membuat fitnah itu.

''Badrul Hisham juga perlu menjelaskan bagaimana dia boleh membuat fitnah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Inilah agaknya cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) yang didakwa oleh Chegu Bard di beli oleh Datin Rosmah!

Zamil menambah, Badrul Hisham juga perlu membuat penjelasan mengenai perbincangannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Indonesia pada April lalu.

Katanya, ramai yang mengetahui bahawa Badrul Hisham mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar dan keluarga.

''Kita juga tahu Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerjaya politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mengizinkan fitnah dilakukan ke atas Rosmah seperti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu," katanya.

~ RAMAI YANG TANYA SAYA, KENAPA RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT (PR) SUKA MENABUR FITNAH?...DAN KEFAHAMAN POLITIK MEREKA BEGITU SONGSANG DAN TELAH MENYIMPANG DARI APA YANG MEREKA JANJIKAN SEBELUM MEREKA MEMENANGI PRU YANG LEPAS. JAWAPAN SAYA SENANG SAJA : MEREKA TERLALU TAKSUB PADA PEMIMPIN MEREKA YANG TERLALU INGIN UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI. FAHAMKAN, APA MAKSUD SAYA.....FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI. IKHLAS DARI : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...