Sunday, August 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

21 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH >>>

RANG UNDANG-UNDANG IMIGRESEN MALAYSIA DILULUSKAN

TARIKH PERISTIWA : 21.08.1963

Pada hari ini 21.08.1963, satu Rang Undang-undang yang menjadikan serta menerima Ordinan Imigresen 1959 bagi Malaysia, dan membuat perbekalan-perbekalan tambahan berhubung dengan kemasukan ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Rang Undang-undang mengenai kawalan-kawalan khas untuk Wilayah Sabah dan Sarawak telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Tujuan Rang Undang-undang itu dibuat adalah bagi memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak mengawal kemasukan orang-orang dari Wilayah-wilayah lain di Malaysia. Dengan lulusnya Rang Undang-undang ini maka Ordinan Imigresen 1959 yang dipakai bagi Persekutuan Tanah Melayu itu telah menjadi Rang Undang-undang Imigresen bagi Persekutuan Malaysia dengan perbekalan-perbekalan tambahan khas bagi mengawal kemasukan ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Dengan lulusnya Rang Undang-undang itu pada hari ini dalam tahun 1959, dapat mengawal kemasukan ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak, sejajar dengan permintaan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai satu syarat bagi kemasukan wilayah-wilayah itu ke dalam Malaysia.

(Gambar Hiasan)

SELAMAT MEMBACE KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...