Wednesday, August 17, 2011

Panas! Panas! Operasi Sita DUMC, Nik Nazmi nafi terbabit, Khalid Gereja nak saman Papa Gomo?

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Pendedahan yang di buat oleh blogger Papa Gomo mengenai campur tangan oleh Adun-adun Selangor akan operasi SITA yang akan di lakukan oleh Penguatkuasaan MBPJ dan pihak polis ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seksyen 13, Petaling Jaya di sangkah dan di nafikan sekeras-kerasnya oleh mereka.

Malah, mereka menuduh Papa Gomo berbohong, membuat fitnah dan memalsukan minit mesyuarat MBPJ. Oleh itu satu laporan polis telah dibuat.

Berikut penafian yang di buat oleh Adun Seri Setia......

[PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menafikan wujudnya campurtangan pempimpin Pakatan Rakyat menghalang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menjalankan Operasi Sita ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), seperti yang didakwa penulis blog upahan Umno Papa Gomo.

Papa Gomo Sabtu lalu dalam blognya menyiarkan kononnya wujud satu dokumen sulit iaitu Laporan Operasi Sita DUMC oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ.


Laporan itu menyebut pada 11 Ogos lalu, Jabatan Penguatkuasaan menerima panggilan daripada beberapa Exco Selangor iaitu Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Ronnie Liu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, serta Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bertanya sama ada khabar angin untuk menyita DUMC itu benar sekaligus meminta supaya operasi itu dibatalkan.

# Kalau tak betul, masakan Papa Gomo membabi buta mendedahkan perkara tersebut. Ini berkaitan dengan orang-orang Islam yang akan di murtadkan oleh puak-puak Kristian. Persoalannya, kenapa orang-orang Islam yang menjadi target oleh puak-puak kristian ni?...mesti ada motifnya - IBM #

Penafian dari Ahli Parlimen Shah Alam akan pembabitan beliau......

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan sebuah blog papagomo.com bahawa beliau mencampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) khusunya berkaitan khabar angin pihak berkuasa tempatan itu akan menyita Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) Khamis lepas.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tidak pernah menghubungi MBPJ dan mengarahkan supaya membatalkan operasi berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan campur tangan saya dalam pentadbiran MBPJ, malah saya tak pernah berurusan dengan MBPJ," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sehubungan itu Khalid bersama ahli MBPJ pada Selasa membuat satu laporan polis terhadap papagomo yang didakwa memalsukan minit mesyuarat MBPJ.]

"Saya juga akan fikir satu tindakan undang-undang terhadap beliau, ia satu tindakan jelas berniat jahat dan bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat semua ahli politik berada di bawah kekuasaan golongan Kristian dan DAP," katanya

# Apa yang IBM dengar, Sabtu lalu, papagomo menyiarkan dua salinan minit mesyuarat yang didakwa berkaitan laporan 'ops sita DUMC oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ'. Salah satu seperti di bawah ini. Takkan minit ini Papa Gomo reka sendiri, tak masuk akal. Ini mesti dari sumber yang betul, cuma cara Papa Gomo mendapatkan minit tersebut menjadi satu misteri. Tapi...itulah kepandaian Papa Gomo sebagai seorang blogger yang berpengalaman. Bukan nak bodek, tapi itulah kenyataan. Harap-harap Papa Gomo tidak gentar dengan ugutan dan laporan yang telah dibuat. Teruskan, kami rakan-rakan blogger Pro Kerajaan sentiasa di belakang Gomo. - IBM #

Dokumen Yang Pakatan Kata Fitnah Tetapi ironinya Inilah Perkara Sebenar Yang Berlaku Bila Tangan-Tangan Ghaib mencampuri Tugas MBPJ - Kata Papa Gomo.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...