Friday, August 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

05 OGOS

Lagu Terang Bulan Asal Usul Lagu Negara ku

PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

TARIKH PERISTIWA : 05.08.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih sebagai lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan lagu kebangsaan ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Empat buah lagu yang layak ke peringkat pemilihan akhir lagu-lagu Kebangsaan telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Antara lagu-lagu tersebut termasuklah lagu gubahan Tuan Zubir Said dan Benjamin Britain. Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Pemilih telah memutuskan untuk memilih Lagu Kebangsaan Negeri Perak sebagai Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Pemilihan dibuat berdasarkan unsur-unsur kemelayuan yang terdapat pada lagu Terang Bulan. Keputusan pemilihan Jawatankuasa pemilih kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan. Lagu kebangsaan buat pertama kalinya telah diperdengarkan kepada khayalak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Lagu Terang Bulan Berasal Dari Negeri Perak


SELAMAT MEMBACA KEPADA ANDA SEMUA. BANYAK LAGI SEJARAH TANAH AIR YANG KITA BELUM KETAHUI DAN DARI MINAT MEMBACA INILAH KITA BOLEH DAPATKAN SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...