Sunday, August 14, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamai'laikum w.b.t Salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
14 OGOS
HARI INI DALAM SEJARAH :

HARI BELIA DAN BULAN BUDAYA DILANCARKAN

TARIKH PERISTIWA : 14.08.1986

Pada hari ini 14.8.1986, Perdana Menteri, Datok Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Hari Belia dan Bulan Budaya Sedunia bertempat di Stadium Raja Muda, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam majlis ini Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr. Sulaiman Daud. Peranan dan tanggungjawab golongan belia cukup penting dan besar sekali kepada sesebuah negara. Golongan ini merupakan kumpulan majoriti penduduk di sesebuah negara terutamanya negara sedang membangun seperti Malaysia. Menyedari peri penting kumpulan sasar ini, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai program dan kempen untuk membentuk aktiviti yang bermanfaat supaya menyumbang kepada pembangunan negara. Antara kempen yang dianjurkan ialah Hari Belia dan Bulan Budaya Sedunia. Antara aktiviti yang dijalankan sempena dengan sambutan ini termasuklah pameran berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan oleh belia di Dayabumi, Kuala Lumpur. Manakala bagi menghargai kegiatan belia dalam berorganisasi satu anugerah Kurnia Belia Jaya telah diadakan. Anugerah ini telah dimenangi oleh Persatuan Belia Jaya Diri, Panah Kulat, Raub, Pahang. Kempen yang diadakan oleh Kerajaan bertujuan memula dan menggerakkan sesuatu usaha. Ini adalah penghargaan kepada belia dan mengutarakan betapa pentingnya budaya. Usaha selanjutnya perlulah dilakukan oleh pihak belia sendiri. Oleh itu belia harus merencana aktiviti sendiri untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Keterlibatan belia dalam gerakan budaya boleh menjamin masa depan negara yang berbudaya. Dalam usaha mencapai sebuah negara maju abad ke-21, golongan belia merupakan aset yang cukup penting dalam menyediakan tenaga kepimpinan, pekerja yang mahir serta cekap bagi memenuhi matlamat Malaysia mencapai sebuah negara maju pada tahun 2020.

Gambar Sebagai Hiasan

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...