Tuesday, August 9, 2011

Peristiwa bergambar di sana-sini....

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Sokongan Perkasa Kepada JAIS

9 OGOS 2011: Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor (tiga kiri) bersama ahli-ahli pertubuhan itu menunjukkan poster sebagai tanda sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama, selepas membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya.

Kejadian Tanah Runtuh Diperkampungan Orang Asli Di Cameron Highlands

8 OGOS 2011: Shaari A/L Balad memeluk anak-anaknya selepas isterinya, Sara A/P Gunong disahkan mati dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli di Kampung Sungai Ruih ketika ditemui di Hospital Sultanah Hajah Kalsom, di Cameron Highlands, Pahang.

Majlis Gotong-Royong Oleh Puteri UMNO

8 OGOS 2011: Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan Badan Keluarga Utusan Melayu mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk di perkarangan ibu pejabat Utusan, di Kuala Lumpur untuk diagihkan kepada orang ramai.

Majlis Pelancaran Jalur Gemilang

8 OGOS 2011: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail menunjukkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebuah motosikal anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat DBKL, di Kuala Lumpur.

SEMOGA NEGARA KITA AMAN DAN DAMAI SELALU HENDAKNYA. IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...