Monday, August 8, 2011

Sultan Selangor murka, meluat Kampus di Politikan..

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Politik di negara ini menuju ke arah Politik songsang dan ala Gangster yang di praktikkan oleh Pembangkang. Sebagai pembangkang, tugas mereka bukan sahaja setakat membangkang, malah di alu-alukan segala idea-idea yang bernas bagi membantu kerajaan, tapi sebaliknya dik terlalu lama mereka menjadi pembangkang, maka ianya menjurus kepada iri hati terhadap pemerintah (BN) yang telah lama memerintah dan telah berjaya membawa negara Malaysia di kenali diseluruh dunia.

Maka, pembangkang mencari jalan untuk membutakan mata dan hati rakyat dengan menabur fitnah dan mencari salah kerajaan supaya rakyat membenci kerjaan yang ada sekarang. Hinggakan perintah atau nasihat Sultan mereka belakangkan demi politik songsang mereka.

Terkini, DYMM Sultan Selangor betul-betul kecewa dan marah tentang isu UNISEL yang dipolitikan....Jangan main-main bila Sultan sudah murka. Fikirlah sendiri. Ikhlas dari : IBM

Hentikan politik kepartian di kampus, titah Sultan Selangor

08/08/2011 10:29pm

[KUALA SELANGOR 8 OgosSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid Unisel Kampus Bestari Jaya di sini.

Baginda bertitah, adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini,” titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah, baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di Unisel dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini. – Bernama]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...