Sunday, August 14, 2011

Nurul Izzah ada hubungan sulit dengan Werner Hoyer??

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Kalau bapaknya kaki kelentong, tak mustahil anaknya pun tumpang sekaki. Nak cari publisiti le tu. Ibarat kata perpatah melayu : 'Bapa borek anak rintek' atau 'kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.

Ini, berkaitan dengan kenyataan Nurul Izzah puteri kesayangan peliwat negara yang menyatakan pembangkang ada mempunyai diplomatik antara kerajaan Jerman, dan akan menjalinkan perhubungan itu lebih erat lagi. Boleh di terimakah kenyatan tersebut dan masuk akalkah?...bagi saya tak masuk akal langsung.

Apapun......perlu di siasat, jangan ambil mudah. Ini akan memudaratkan negara sekiranya ia benar - IBM
Petikan dari Utusan Malaysia Online :

Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah bahawa perjumpaan dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara pakatan pembangkang dan kerajaan Jerman merupakan kenyataan ‘tidak masuk akal.’

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan itu juga cukup meragukan kerana tidak layak untuk pakatan pembangkang itu mempunyai hubungan diplomatik kerana mereka tidak berdaftar.

Beliau sehubungan itu berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Wisma Putra perlu menyiasat perkara itu kerana Nurul Izzah tidak sepatutnya mengatakan itu hubungan diplomatik secara rasmi.“Perkata ini perlu disiasat segera, kita tidak mahu begitu mudah untuk mana-mana pihak membuat kenyataan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar.“Lagipun, siapa mereka (pakatan pembangkang) untuk mengatakan mereka mempunyai hubungan diplomatik dengan Jerman, mereka sendiri sehingga kini tidak berdaftar,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Negara akan aman tanpa parti anak beranak, PKR, parti kelentong rakyat. Jom..hapuskan mereka!!


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...